Thursday, August 23, 2007

Ahli Sihir Yang Angkuh

Thenaliraman tinggal di sebuah pekan di India. Pada suatu hari, datang seorang ahli sihir yang termahsyur lalu mencabar penduduk di situ.

”Wahai penduduk kampung, siapakah yang berani mencabar saya?”. Thenaliraman tampil ke hadapan dan berkata, ” Wahai tukang sihir, saya ingin mencabar anda. Saya akan melakukan sesuatu dengan tangan tertutup tetapi tukang sihir boleh melakukannya dengan mata terbuka.”

”Ha! ha! ha!, Senangnya permintaan anda.”

Thenaliraman pun duduk bersila lalu menutup matanya. Selepas itu, dia pun mengambil segenggam pasir lalu melemparkannya ke arah matanya.

Melihatkan keadaan itu, tukang sihir itu berasa terkejut. Dia tahu dia tidak boleh melakukan seperti yang diminta. Tukang sihir itu sedar akan keangkuhannya. Dia meminta maaf lalu terus meninggalkan kampung itu.

No comments: