Thursday, August 23, 2007

KERJAYA JURUTERBANG

Kerjaya sebagai seorang juruterbang sememangnya glamor tetapi penuh cabaran dan berisiko.Memandu kapal terbang bukannya seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendaliannya amat berbeza. Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu menjalani latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam atau di luar negara.

Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh ataupun dekat. Tugas juruterbang bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan. Mereka akan melaporkan diri dan menerima taklimat dan maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal dilakukan.

Sebelum penerbangan, juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas serta keperluan bahan api di samping memeriksa kelengkapan dan peralatan eletronik.

Semasa penerbangan pula, juruterbang akan membuat pemeriksaan rutin terhadap semua sistem yang beroperasi dan menerima serta melaksanakan arahan daripada pengawal lalulintas udara dari mula hingga akhir penerbangan.

Kerjaya ini sekarang terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dalam dan luar negara. Terdapat banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam ataupun di luar negara yang menyediakan peluang pekerjaan sebagai seorang juruterbang. Daripada segi pendapatan, kerjaya ini memang menjanjikan gaji yang tinggi.



Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

1. Mempunyai minat yang mendalam.
2. Mempunyai keyakinan yang tinggi serta berani.
3. Boleh berkomunikasi dengan baik.
4. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
5. Menguasai matapelajaran Sains, Matematik dan Fizik.
6. Rekod kesihatan yang baik
7. Mempunyai penglihatan dan pendengaran yang baik.
8. Ketinggian minimum = 160 cm


Tempat latihan penerbangan


Tempatan

1. MAS
2. Malaysian Flying Academy
3. Mofaz Air Flying Academy.

Luar negara

1. Australia
2. Filipina
3. United Kingdom
4. Amerika Syarikat


SYARAT MENGIKUTI LATIHAN PENERBANGAN


1. Lulus SPM
2. Mendapat A1 atau A2 di dalam Bahasa Melayu ( SPM)
3. Lulus Matematik, Fizik dan Bahasa Inggeris ( SPM )
4. Matapelajaran Sains yang baik diberi keutamaan

12 comments:

Marigold said...

Walaupun kerjaya sebagai juruterbang tidak sehebat angkasawan tetapi kerjaya sebagai juruterbang pun boleh dijadikan titik permulaan. Kalau nak jadi angkasawan pun boleh melalui kemahiran dalam bidang kejuruterbangan. Saya ialah perempuan berumur 13 tahun yang ingin menjadi seorang juruterbang penerbangan yang berkaliber. Pekerjaan ini amat unik kerana jarang perempuan ingin menjadi juruterbang. Selain itu, kita perlu berani sebab nyawa ribuan orang berada di tangan 2 orang juruterbang.

aki said...

TULIS banYAK skET..
SKEt sANgat..tq>>>

Gilbert_23feb said...

Saya memang minat sangat kerjaya juruterbang ni.Memang dari kecil lagi saya memang bercita-cita hendak menjadi seorang juruterbang walaupun ia penuh dengan cabaran dan risiko.Oleh itu,saya berharap sangat supaya cita-cita saya hendak menjadi seorang juruterbang akn tercapai apabila saya sudah dewasa kelak.

DARWIS MAHMUD said...

kerjaya sbg seorang juruterbang sngt berisiko dan bahaya tetapi bgi diri saya juruterbang adalah satu kerjaya yg bnyk memberi pengalaman serta motivasi kepada diri saya utk terus berusaha...selain itu,kerjaya sebagai juruterbang juga dpt melatih diri kita utk berkomunikasi kpd org lain dng cara betul.saya DARWIS MAHMUD berumur 15 thn bercita-cita utk menjadi seorg juruterbang yg berkaliber dlm masa yg sama mempunyai jati diri yg baik...

Sakura Ria said...

Saya memang bercita-cita nak jadi juruterbang... Saya ni seorang perempuan berumur 14 tahun. Walaupun orang di sekeliling saya tak galakkan saya menjadi juruterbang sebab mereka kata kebanyakkan juruterbang adalah lelaki dan kerjaya ini amat merbahaya bagi seorang wanita namun saya anggap itu sebagai pembakar semangat untuk membuktikan bahawa wanita juga boleh berjaya dalam kerjaya ini

mimi razak said...

PILOT.............
nape la bg wanita orang slalu pandag remeh...mcm wanita tak boleh jadi pilot,sya mimi razak 17 sangat bangga dgn diri sye skrang..sye ad cite2 nk jd pilot,walaupown org kliling sye tak skong sye,spe die untuk atur ape yg bleh dan tak untk dri kte...
'God is never comedown from the sky and gives you permision to be a successful you have to give yourself'
no matter what,keep it up girls......

mimi razak said...

PILOT..........
nape wanita slalu ditnye 'nk watpe jd pilot,jd doktor lagi bagus'tu adalah antara ayat yang slalu kluar tiap kali wanita luahkn hasrat 2,,,tp ingt org kat luar sana,tangan yang mengayun buayan bleh menggoncang dunia....sye mimi razak 17 bangga dengan diri sye krana sye mempunyai cite2 cam 2...tak ramai wanita yang nk mencuba kerjaya ni....stuju takkkk????

Syafiqa Ul'sya said...

Saya ingin menjadi seorang juruterbang yang berjaya . Tetapi malangnya saya tidak mengambil subjek Fizik . adakah saya masih boleh menjadi seorang juruterbang ?

Connanjohn said...

saya nak jadi juruterbang sejak saya kecil lagi..sekarang saya adalah pelajar lepasan spm 2011..kalau boleh admin terangkan saya apakah langkah seterusnya untuk saya menjejakkan kaki ke dunia kerjaya juruterbang...

AmyLia said...

yea mmg krja sbgai pilot amat merbahaya dn risiko nye sgt tggi . xp smue itu cbrn bg spew-2 yg nq jd pilot . wlaupon sy seorg perempuan xp sy mmg meminati bidang ni wlaupon bahaya . sy mula minat bidang ni dr kecil sbb kzen sy juga seorg pilot . boleh diktakn smue kzen sy tersesat la dlm flight sorang pilot , 3 org pramugari dn 2 pramugara . bg sy seorg pilot ialah SMART dn HEBAT

Aduhaiya said...

Salam...

Ada Jawatan Kosong juruterbang sedang dibuka... Sila layari

fb.com/quasararmada

dengan segera... (30 orang diperlukan!!!)

Nur Hazwani said...

Wallawh... Pilot Wani is here..:)